Wednesday, December 14, 2011

Pencarian Bermula

1. Semasa di pejabat ketika waktu terluang tanpa kerja yang perlu dilakukan, saya mengakses internet untuk mendapatkan maklumat yang diperolehi daripada cd ruqyah itu. Yang pertama yang saya cari adalah maklumat tentang syarikat MORAPIS. Saya sekadar membaca profil syarikat untuk mengambil tahu akan aktiviti yang dijalankan oleh syarikat tersebut.

2. Yang kedua saya mencari pula profil nama ustaz yang tercatat pada kotak cd ruqyah itu. Maklumat diperolehi dan saya menjadi khusyuk untuk membacanya. Pencarian diteruskan lagi sehingga saya berjumpa dengan satu iklan Kursus Rawatan Islam untuk IJAZAH 0208 yang akan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz.

3. Peluang Baik ! Peluang untuk mengetahui lebih lanjut tentang Rawatan Islam. Saya mengikuti arahan pada iklan untuk mendaftarkan diri sebagai peserta. Kursus ini akan berlangsung di Masjid KLIA. Alamak ! Cam mana nak ke sana kalau jalannya tak tahu ? Saya bukannya biasa dengan jalan-jalan di KL dan Selangor nie…

4. Setelah hampir dengan hari untuk berkursus, saya berpeluang berbual di talipon dengan sahabat yang bertugas di Puchong yang kebetulan dia tinggal di Sepang. Dia memberitahu saya akan jalan-jalan yang akan saya tempohi untuk ke sana. Segala simpang, lampu isyarat dan bulatan habis diterangkannya dengan teliti. Senang je kata dia, “ ko ikut je apa yang aku cakap ”.

5. Hari yang ditunggu-tunggu tiba. Daripada Cheras saya bergerak dengan doa kepada ALLAH agar dipermudahkan perjalanan saya untuk ke Masjid KLIA. Perjalanan saya untuk menuntut ilmu. Berbekalkan petunjuk daripada sahabat, saya akhirnya berjaya sampai ke masjid tersebut tanpa sesat-larat. Sampai sebelum majlis bermula. Mudah-mudahan sahabat saya juga memperolehi pahala kerana menunjukkan jalan kepada saya yang mahu menuntut ilmu ini, InsyaALLAH.

6. Ketika masuk di dalam perkarangan masjid saya telah berjumpa dulu dengan seorang lelaki yang saya pernah lihatnya di dalam internet. Ketika berjumpa itu terus saya berikan ucapan salam yang kemudiannya dijawab ucapan itu beserta senyuman dan kami berjabat tangan. “ Ini Ustaz Abd Malek ke ? ” Tanya saya. “ Ya saya ” dijawabnya.

7. Selama 2 hari saya menimba ilmu bersama peserta-peserta lain. Kami berkenal-kenalan antara satu sama lain, merapatkan silaturrahim. Ada juga peserta kursus tersebut yang sekarang ini merupakan guru-guru saya dalam Rawatan Islam. Mereka ini sudah lama mempunyai pengalaman dan di waktu itu menambah lagi ilmu dalam bidang rawatan.

8. Tidak rugi apabila saya mengikuti kursus ini. Banyak pendedahan akan alam jin yang diperolehi. Saya juga belajar tentang SAKA dan SIHIR dan bagaimana untuk mengubatinya. Barulah saya tahu tentang semua itu. Kami peserta kursus juga diijazahkan dengan bacaan Ruqyah Syariah bersanad dan juga diijazahkan dengan 2 buah kitab Karangan Sheikh Abd Wahid Salam Bali daripada Mesir.

9. Pada kursus ini juga saya bertuah kerana dapat berjumpa dengan qari cd ruqyah yang saya perolehi itu. Sempat juga saya bergambar dengannya. Beliau adalah Al-Fadhil Ustaz Tarmizi Ishak rakan kepada Al-Fadhil Ustaz Abd Malek. Selesai berkursus, para peserta dipelawa oleh Ustaz Abd Malek untuk membuat praktikal dalam merawat pesakit yang hadir pada petang itu. Di dalam bilik yang memanjang itu kami para peserta duduk mengelilingi pesakit yang berada di tengah-tengah.

10. Pertama kali saya melihat reaksi para pesakit sebelum dan selepas bacaan Ruqyah Syariah selesai. Macam-macam aksi berlaku, jerit-pekik, menangis dan berbagai-bagai lagi. Alamak ! Menyesal pulak saya tak lari balik rumah tadi kalau tau huru-hara begini. Menyesal belajar pun ada juga saya rasakan, aduihhh !!! Nasiblah badan, layan jugaklah…

11. 2 minggu selepas kursus tu memang saya jadi susah sangat untuk tidur malam. Kalau berjaya tidur pun bila dah dekat waktu Subuh. Asyik teringat aje apa yang berlaku masa praktikal tu. Isteri pun ada bagi tahu yang gigi saya selalu berlaga apabila saya berjaya melelapkan mata. Ketika mahu membaca ruqyah juga saya jadi seram sejuk seperti ketakutan. Ada juga gangguan-gangguan bunyi disekeliling saya.

12. Pembaca sekalian, bukanlah tujuan saya untuk menakutkan anda semua dengan cerita saya ini. Cerita ini adalah pengalaman saya bagaimana saya boleh terlibat dalam bidang Rawatan Islam yang sedang berkembang ini. Jadi, apabila sudah belajar dan mula mengamalkan sesuatu amalan barulah saya tahu sama ada saya terkena gangguan jin ataupun tidak dan dalam masa yang sama juga saya turut berupaya untuk merawat diri saya sendiri.

13. Begitulah cerita saya. Semua yang berlaku adalah dengan kehendak dan izin ALLAH S.W.T . Semoga saya dan para pembaca sekalian akan terus istiqomah dengan amalan dan mengikut kemampuan masing-masing. Sekarang dengan ilmu yang saya perolehi daripada guru-guru saya, saya manfaatkan pula untuk merawat pesakit-pesakit yang memerlukan pertolongan, INSYAALLAH…

1 comment:

  1. Black Magic Cure
    Tell: +92-313-5303096 (whtasapp, viber)

    Allah Almighty has placed healing powers in His word, the Holy Quran. He declares in Surah Isra (17) verse 82, "We send down in the Qur'an that which is a healing and a mercy to those who believe..."

    In the light of the Sunnah of the Beloved صلى الله عليه و سلم and the tradition of the true pious predecessors Faqeer meets visitors for open Islamic spiritual healing, in the form of Ta’weez and/or ruqya (dam), for counseling or general Islamic advice Istikhara on Monday-Friday.

    Ta'weez or ruqya are beneficial only by the Will of Allah Almighty and when practiced according to the guidance of the Messenger of Allah and his successors.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...