Tuesday, April 17, 2012

22 Februari 2012

   TERAPI AS SYAHIRAN, itulah nama yang diberi. Pendaftaran kali yang ke 2. Sebelum ini telah didaftarkan dengan nama Terapi Ruqyah Syariah As Syahiran. Setelah berbual dan berbincang dengan sahabat yang merupakan seorang penterjemah bahasa arab saya dinasihatkan supaya mengubahnya. Setelah hampir setahun tempoh pendaftarannya tamat  saya ke SSM untuk memperbaharui dan mengubah namanya tetapi tidak dibenarkan oleh mereka. Pihak SSM meminta supaya saya mendaftarkan terus dengan nama yang baru.

   Pagi 22 Februari 2012 menjadi sejarah. Sebelum tarikh ini saya telah meninjau-ninjau jalan untuk ke SSM di KL Sentral. Saya pun tak berapa arif sangat dengan jalan di Kuala Lumpur ni. Bersimpang siur di KL Sentral tu rupanya maka papan tandalah yang menjadi rujukan. Sebelum ini SSM terletak di Bangunan The Mall, mudah sangat nak ke sana.

   Di rumah pada pagi tu perut pula buat hal. Macam tak beri saya untuk keluar daripada rumah. Cemas pulak saya. Dah siap nak keluar rumah tapi terpaksa tangguhkan seketika, termenung ?.  Dahlah hari tu saya mengambil cuti, ( memang setiap tahun saya akan bercuti daripada bekerja pada tarikh ini ) takkan cuti saja tanpa siapkan apa yang telah dirancang. Ujian-ujian...

   Perjalanan ke SSM lancar dan urusan di sana dipermudahkan oleh Allah. Saya kira saya adalah pelanggan SSM yang ke 4 pada pagi tersebut daripada enam orang kesemuanya. Setelah pendaftaran dibuat saya menunggu seketika bagi mengambil sijil yang akan dikeluarkan. Pendaftaran kali ini dibuat selama 2 tahun, satu tempoh yang tak terlalu singkat dan tak terlalu panjang.

   Terapi As Syahiran didaftarkan dengan nombor pendaftarannya iaitu 002104327-X. Kaedah rawatan adalah dengan kaedah bacaan ‘ Ruqyah Syar’iyyah ’. Terapi As Syahiran bermaksud terapi/rawatan yang terkenal yang akan merujuk kepada ‘ Ruqyah Syar’iyyah ’. Begitulah cerita saya...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...