Ayat Ruqyah

 Senarai ayat-ayat yang boleh dijadikan sebagai Amalan Harian sama ada untuk dijadikan zikir, benteng diri dan rawatan sendiri juga boleh dibacakan pada air mineral untuk dijadikan sebagai air penawar untuk kegunaan pada peringkat pertama, InsyaAllah...

 Sebelum bermula hendaklah berniat bahawa kita membaca ayat-ayat ruqyah ini hanya kerana Allah. Kemudian berdoalah dengan penuh pengharapan supaya Allah terima dan makbulkan hajat masing-masing. Mulakan bacaan :

  1. Al - Fatihah

  2. Al - Baqarah 1 - 5

  3. Al - Baqarah 137 ( 11x ) bermula daripada Fasayakfi sehingga akhir ayat.      
 
  4. Al - Baqarah 255 ( Ayat Qursi ) - 257

  5. Al - Baqarah 284 - 286

  6. At - Taubah 128 - 129

  7. Al - Hijr 17  ( 11x )  
 
  8. Al - Israk 81 - 82
 
  9. As - Saffat 7 ( 11x ) 

10. At - Talaaq ( Ayat 1000 Dinar )

11. Al - Ikhlas

12. Al - Falaq

13. An - Naas

14. Selawat ke atas Nabi s.a.w / Selawat Syifa

 Adalah bacaan ini dibaca mengikut kemampuan diri masing-masing. Jadikanlah ianya sebagai rutin harian selain amalan yang lain supaya kita berjaya mendekatkan diri kepada Allah. Berdoalah kepadaNya nescaya Allah akan perkenankan...        
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...