Saturday, December 10, 2011

Suatu Ketika

1. Pada tahun 2008 saya terlibat dalam perniagaan produk kesihatan rawatan pinggan putih. Pada tahun itu juga saya menyertai kursus kepimpinan dan motivasi yang telah dianjurkan oleh pihak syarikat di sebuah hotel di Pusat Bandar Kuala Lumpur.

2. Pelbagai aktiviti dan acara diadakan selama 2 hari dan peserta-peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Pertandingan antara kumpulan turut berlaku untuk memotivasikan peserta serta peluang untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.



3. Ditakdirkan Allah, kumpulan saya telah memenangi salah satu acara yang dipertandingkan pada hari akhir kursus tersebut. Maka kesemua ahli kumpulan menerima hadiah masing-masing. Setelah dibuka bungkusan hadiah maka saya dapati saya telah memperolehi 1 keping cakera padat bacaan Ruqyah Syariah yang diterbitkan oleh MORAPIS.

4. Sambil membelek dan membaca keseluruhan isi kandungan pada kotak cd saya dapati bahawa tujuan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran tersebut diperdengarkan adalah untuk dijadikan sebagai doa dalam rawatan bagi mencegah gangguan jin dan sihir. Apa nie bro ? Saya jadi terpinga-pinga…???

5. Di dalam kenderaan saya mendengarnya. Bacaan qari amat menarik perhatian saya. Sekali saya terkejut apabila membaca peringatan pada belakang kotak cd yang menyatakan ‘ Di Larang Mendengar Semasa Sedang Memandu Kenderaan ’. Nie apasal pulak nih, tak boleh ke nak dengar orang mengaji…???

6. Ikut arahan! . Sampai di rumah selepas mengemas beg dan fail kursus serta bercerita serba sedikit tentang aktiviti kursus pada isteri dan anak-anak, saya mainkan semula cd ruqyah tersebut. Jadi seram sejuk pulak badan nie rasanya, macam nak demam jek. Berdebar-debar pun ya jugak, apa pulak nak jadi lepas nie…???

7. AlhamduLILLAH, cd tersebut memang saya dengarkan selalu di rumah. Siang, malam, seorang atau bersama ahli keluarga tetap setia kami mendengarnya. Pada belakang kotak cd tersebut juga tercatat nama seorang ustaz yang telah diberi ijazah dan keizinan untuk mengamal dan menyebarkan ilmu dalam rawatan secara Ruqyah Syariah ini di Malaysia.

8. Begitulah cerita saya. Semua yang berlaku adalah dengan kehendak dan izin ALLAH S.W.T jua. InsyaALLAH, cerita seterusnya akan menyusul…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...