Wednesday, May 9, 2012

Sakit


1. Setiap penyakit atau musibah yang menimpa ke atas diri seseorang merupakan ujian daripada Allah SWT. Dengan sifat tabah dan sabar dalam menghadapinya serta perlu sentiasa mengingati Allah SWT akan dapat mengukuhkan lagi keimanan dan ketakwaan kepadaNYA.

2. Penyakit dan musibah juga kadangkala merupakan peringatan kepada manusia supaya insaf daripada ingkar dan lalai agar kembali mentaati perintah Allah SWT . Setiap kesakitan, penyakit yang dihidapi, penawar (ubat) dan kesembuhan adalah daripada Allah SWT.

3. Terdapat ganjaran pahala yang disediakan oleh Allah SWT dan menjadi penebus dosa-dosa terhadap manusia yang ditimpa penyakit atau musibah ini. Ada hadith-hadith yang menerangkannya sebagai motivasi kepada pesakit-pesakit agar bersabar dan terus beriman tanpa putus asa.

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Usamah bin Syarik RA:                                      
Terjemahannya : “ Berubatlah kalian wahai hamba-hamba Allah, kerana Allah SWT tidak menciptakan penyakit kecuali juga bersama ubatnya, melainkan satu penyakit sahaja iaitu tua. ”
( Hadith riwayat Ibn Majah )

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Jabir RA:
Terjemahannya : “ Setiap penyakit itu ada ubatnya. Maka apabila dijumpai ubat kepada suatu penyakit itu, nescaya disembuhkan dengan izin Allah ‘Azza wa Jalla. ”
( Hadith riwayat Muslim )

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Aisyah RA:
Terjemahannya : “ Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang muslim, kecuali dihapuskan Allah segala dosanya sekalipun kerana tercucuk duri. ”
( Hadith riwayat al-Bukhari )

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:
Terjemahannya : “ Sesungguhnya Allah benar-benar akan menguji hambaNya dengan sesuatu penyakit dan kesakitan sehingga kesakitan itu akan menghapuskan darinya segala dosa. ”
( Hadith riwayat al-Hakim )

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Musa RA:
Terjemahannya : “ Apabila seseorang hamba itu ditimpa sakit atau bermusafir [sehingga tidak memungkinkannya beramal seperti biasa], maka akan dituliskan baginya pahala sebagaimana dia beramal ketika bermukim dan sihat. ”
( Hadith riwayat al-Bukhari )

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:
Terjemahannya : “ Sesiapa yang Allah menghendaki kebaikan untuknya[orang tersebut] nescaya akan ditimpakanNya dengan sesuatu kesusahan dan musibah. ”
( Hadith riwayat al-Bukhari )

4. Sungguh mulia orang-orang Islam yang sakit atau ditimpa musibah. Allah SWT menggalakkan orang-orang beriman yang lain supaya mendoakan keselamatan, kesejahteraan dan kesembuhan kepada hambaNya itu. Sebagai perawat saya akan mendoakan pesakit sebagai ikhtiar untuk mendapatkan kesembuhan daripada Allah SWT, InsyaAllah... 

Tuesday, April 17, 2012

Kemalangan

                                         Ujian dalam menuntut ilmu...

                                Tragedi 17hb Disember 2011...

                                                    Ada mangsa...

22 Februari 2012

   TERAPI AS SYAHIRAN, itulah nama yang diberi. Pendaftaran kali yang ke 2. Sebelum ini telah didaftarkan dengan nama Terapi Ruqyah Syariah As Syahiran. Setelah berbual dan berbincang dengan sahabat yang merupakan seorang penterjemah bahasa arab saya dinasihatkan supaya mengubahnya. Setelah hampir setahun tempoh pendaftarannya tamat  saya ke SSM untuk memperbaharui dan mengubah namanya tetapi tidak dibenarkan oleh mereka. Pihak SSM meminta supaya saya mendaftarkan terus dengan nama yang baru.

   Pagi 22 Februari 2012 menjadi sejarah. Sebelum tarikh ini saya telah meninjau-ninjau jalan untuk ke SSM di KL Sentral. Saya pun tak berapa arif sangat dengan jalan di Kuala Lumpur ni. Bersimpang siur di KL Sentral tu rupanya maka papan tandalah yang menjadi rujukan. Sebelum ini SSM terletak di Bangunan The Mall, mudah sangat nak ke sana.

   Di rumah pada pagi tu perut pula buat hal. Macam tak beri saya untuk keluar daripada rumah. Cemas pulak saya. Dah siap nak keluar rumah tapi terpaksa tangguhkan seketika, termenung ?.  Dahlah hari tu saya mengambil cuti, ( memang setiap tahun saya akan bercuti daripada bekerja pada tarikh ini ) takkan cuti saja tanpa siapkan apa yang telah dirancang. Ujian-ujian...

   Perjalanan ke SSM lancar dan urusan di sana dipermudahkan oleh Allah. Saya kira saya adalah pelanggan SSM yang ke 4 pada pagi tersebut daripada enam orang kesemuanya. Setelah pendaftaran dibuat saya menunggu seketika bagi mengambil sijil yang akan dikeluarkan. Pendaftaran kali ini dibuat selama 2 tahun, satu tempoh yang tak terlalu singkat dan tak terlalu panjang.

   Terapi As Syahiran didaftarkan dengan nombor pendaftarannya iaitu 002104327-X. Kaedah rawatan adalah dengan kaedah bacaan ‘ Ruqyah Syar’iyyah ’. Terapi As Syahiran bermaksud terapi/rawatan yang terkenal yang akan merujuk kepada ‘ Ruqyah Syar’iyyah ’. Begitulah cerita saya...

Thursday, April 5, 2012

Kini BEROPERASI

   AlhamduLILLAH kembali saya menulis setelah lama menyepi. Sibuk dengan kerja di pejabat, keluarga dan juga bertemu-janji dengan ‘ Orthopedic Consultant ’ di hospital setiap bulan. Di kepala terfikir juga untuk menulis cerita-cerita tertentu tetapi masa tak mengizinkan. Nak ber ‘ FB ’ pun tak kuasa. Mungkin kerana sebab-sebab yang mustahak masuk jugaklah menjengah kerana ia cara perhubungan masa kini.

   Pada 29hb Mac yang lepas satu temu-janji dengan wakil pesakit telah dibuat. Buat pertama kali klinik TAS di datangi pesakit dan telah BER-OPERASI seadanya. Saya mengharapkan agar setiap pesakit yang datang untuk rawatan akan selesa berada di dalamnya. Cuma 4-5 orang yang boleh masuk dalam satu-satu masa. Jika ada lagi yang mengiringi pesakit bolehlah duduk di sofa yang disediakan oleh pemilik premis di luar pintu klinik TAS.

   Kepada pesakit yang ingin cuba berubat dengan saya harap dapat menghubungi saya dahulu untuk temu-janji. Klinik TAS terletak di dalam Wisma Zelan Bdr.Tun Razak, Cheras. Untuk makluman di Wisma Zelan ini ada disediakan parkir berbayar di tingkat 2,3,4&5 bagi pengunjung yang datang. Kemudahan lif juga ada disediakan. Klinik TAS ini beroperasi di tingkat 9. Boleh rujuk ‘ Hubungi ’ pada paparan blog. 

Tuesday, February 14, 2012

Thursday, February 9, 2012

Wajah Baru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada para pembaca sekalian. Syukur kepada Allah dengan rahmatNya maka blog ini telah berwajah baru. Terima Kasih saya ucapkan kepada Tuan Sheikh Azhar ( faqirdesign.com ) kerana telah mereka-bentuk semula blog yang telah saya hasilkan dahulu serta telah berjaya menyiapkan LOGO seperti yang saya kehendaki. Lama masa yang diambil kerana berbagai-bagai masalah dihadapi tetapi dengan berkat kesabaran maka terhasillah jua apa yang dicita-citakan.

Pembaca sekalian, dimaklumkan bahawa blog ini adalah tempat untuk saya menceritakan pengalaman saya dalam bidang Perubatan Islam. Ia juga sebagai tempat untuk saya mempromosikan produk-produk berkaitan Perubatan Islam dan penjagaan kesihatan diri serta sebagai tempat untuk saya berkongsi kisah perjalanan hidup dan kesukaan saya. Cerita-cerita yang ditulis adalah bacaan ringan yang mana mungkin boleh dijadikan panduan dan iktibar dalam kehidupan seharian.

Selamat Membaca…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...