Perkhidmatan

Memberikan perkhidmatan Rawatan Islam kepada sesiapa yang berhajat untuk mengubati Penyakit Mistik dan Masalah Gangguan Mahkluk Halus di sekitar Kuala Lumpur amnya dan di dalam kawasan Cheras khasnya.

Saya berikhtiar dan mencuba sedaya upaya dengan ilmu rawatan yang telah dipelajari daripada guru-guru saya. Mudah-mudahan ALLAH makbulkan doa, seterusnya membantu kita dengan menyembuhkan penyakit dan masalah yang dihidapi oleh saudara dan saudari sekalian, InsyaALLAH...

* Sila buat panggilan untuk mendapatkan tarikh dan masa temujanji...

Kita BERIKHTIAR Dan BERTAWAKAL, ALLAH Jua Yang MENYEMBUHkan...


AIR RUQYAH / JAMPI / DOA / PENAWAR

Perkhidmatan untuk menyediakan air seperti di atas kepada wakil-wakil ahli keluarga, jiran-tetangga, sahabat-handai juga kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat yang mana si PESAKIT tidak dapat hadir untuk dirawat atau tidak mahu dirawat maka bolehlah menghubungi saya ( Telefon / E-mel ).

* Nyatakan nama pesakit berbinti Ibunya ( jika tahu ) dan jenis penyakit/masalah yang
  dihidapi...
* Sejarah penyakit fizikal ( darah tinggi, kencing manis, sakit jantung dan lain-lain )

Syaratnya :

- Datang mengambilnya sendiri.
- Menunggu sehingga mendapat panggilan/ sms / E-mel daripada TAS untuk
  mengambilnya.
- Membayar harga Air Mineral yang digunakan ( 3 botol x 1.5L / 1 botol x 5.5L )
- Berkeyakinan hanya ALLAH yang MENYEMBUHKAN,
  Al-Quran menjadi Penawar dan Rahmat kepada orang-orang beriman.


** Upah/ Hadiah/ Sumbangan kepada Perawat Terapi As Syahiran adalah berdasarkan kepada Kemampuan dan Keikhlasan masing-masing. Diharap dengan sokongan yang diberikan maka Terapi As Syahiran akan tetap terus beroperasi untuk membantu insan-insan yang memerlukan, InsyaAllah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...