Saturday, December 10, 2011

Suatu Ketika

1. Pada tahun 2008 saya terlibat dalam perniagaan produk kesihatan rawatan pinggan putih. Pada tahun itu juga saya menyertai kursus kepimpinan dan motivasi yang telah dianjurkan oleh pihak syarikat di sebuah hotel di Pusat Bandar Kuala Lumpur.

2. Pelbagai aktiviti dan acara diadakan selama 2 hari dan peserta-peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Pertandingan antara kumpulan turut berlaku untuk memotivasikan peserta serta peluang untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.

Tuesday, November 1, 2011

Salam Pengenalan

Saya adalah seorang Pengamal Perubatan Islam yang menggunakan bacaan Ruqyah Syar'iyyah ( Jampi-jampi yang dibenarkan oleh Syarak ).
Kepada sesiapa yang berhajat untuk mengubati Penyakit Mistik dan sebagainya bolehlah menghubungi saya.

Kesembuhan penyakit dan keluarnya segala bentuk gangguan daripada tubuh badan adalah dengan izin ALLAH. Saya mencuba dan mengikhtiarkan saja dengan ilmu rawatan yang telah dipelajari daripada guru-guru saya. Mudah-mudahan ALLAH menerima doa kita dan menyembuhkan penyakit yang dihidapi oleh tuan dan puan sekalian. InsyaALLAH...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...